INFO TERKINI AKTIVITI KOKURIKULUM SMKMM
1. KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 31 2009.
Unit Kokurikulum SMK Mahmud Mahyidin telah berjaya mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke 31 pada 12 dan 14 Februari 2009. Sukan Tahunan itu telah melibatkan hampir semua pelajar dan warga guru sekolah ini. Sebanyak 15 acara telah dipertandingkan yang terbahagi kepada katogeri A, B dan C (Lelaki dan Perempuan). Majlis penutup kejohanan telah di sempurnakan oleh En Ab Kadir bin Yaacob, Penolong Pegawai PPD Tumpat pada 14 Februari 2009. SUKAN UNTUK SEMUA
2. MERENTAS DESA PERINGKAT PPD DAN NEGERI.
Unit Sukan sekolah telah menghantar 10 orang pelajar ke pertandingan Merentas Desa peringkat PPD Tumpat pada 7 Februari 2009 di SMK Geting, Tumpat. Seorang pelajar kita Mustafa bin Mahassan dari tingkatan 2 telah menjadi Johan kategori umur 15 tahun . Sementara dalan kejohanan merentas desa peringkat negeri beliau memenangi tempat ke 10 kategori yang sama. TAHNIAH.
3. MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH.
Koperasi Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke 23 pada 16 Februari 2009. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKMM Pn Hjh Nik Raina bt Hj Nik Taib. Beberapa usul telah diluluskan dalam mesyuarat tersebut
4. SEMINAR KOPERASI PERINGKAT NEGERI
Sekolah telah menghantar 4 pelajar Kelab Pelancongan Sekolah dan seorang guru pengiring ke Seminar Pelancongan Peringkat Negeri pada 24 Februari 2009 di SMK Dato’ Bijih Wangsa, Tumpat.
5. PENYERTAAN KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT PPD DAN NEGERI.
Seramai 12 orang pelajar telah dihantar menyertai kejohanan Badminton Peringkat PPD Tumpat pada 11 hingga 12 Februari 2009 di Dewan SMKDBW, Tumpat. Dalam pertandingan itu pasukan badminton SMKMM telah menjadi Johan dalam kategori perseorangan 15 tahun (P), Bergu 15 tahun (P), perseorangan 18 tahun (L) dan perseorangan 18 tahun (P). Sementara itu 8 pelajar SMKMM telah terpilih ke peringkat negeri pada 25 Februari 2009 di SMK Bandar Machang, Pencapaian terbaik di kojahanan itu ialah 3 pelajar kita berjaya sampai ke peringkat suku akhir. SYABAS UNTUK SEMUA!!!
6. PASUKAN HOKI SEKOLAH MENANG LAGI !!!
Pasukan hoki Bawah 18 Tahun SMKMM sekali lagi menjadi johan dalam pertandingan Hoki peringkat PPD pada 4 Mac 2009 di Padang Astroturf Kota Bahru. Kejayaan ini merupakan kejayaan yang ke 4 berturut-turut. Dengan kejayaan ini pasukan hoki berkenaan akan mewakili PPD Tumpat ke pertandingan peringkat negeri nanti. SEMOGA TERUS BERJAYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment